Baby Hello Kitty

Khamis, 23 Januari 2014

Mersing Beach Resort



Mersing Beach Resort

Mersing beach resort ni terletak di pantai air papan, mersing, johor. Perjalanan dari johor bahru memakan masa 3 jam. Itu ayah nad yang bawa lah. Kalau nad yang bawa tak pasti pula berapa jam untuk sampai ke sana.

Sawah Bendang

Kalau korang nampak sawah bendang ni kira dah dekat sangat dah.

check in

Sampai-sampai je terus check in dulu



bilik yang boleh disewa

Banyak jenis bilik yang boleh disewa antara nya standard room superior room, kalau nak depan laut pun ada.Tapi nad dan keluarga cuma memilih standard room sahaja, Ada lagi satu bangunan yang belum siap sepenuhnya.


standard room

Ini dia bilik standard room, terlupa nak ambik gambar bilik air.

swimming pool

Ini swimming pool yang disediakan, nad mandi kejap je tak tahan sejuk gila bila angin laut menyambar badan..

air laut yang bergelora

Masa nad pergi ni air laut memang sedang bergelora, angin tak yah nak cakap lah memang kuat gila. Masa ini pun bendera merah sedang berkibar, jadi jangan lah buang tabiat mandi laut jugak. Kalau bendera putih berkibar pun, mandi laut tu jangan jauh sangat dekat-dekat sahaja. Yelah laut ni ada magnet boleh menarik kita dalam keadaaan kita tak perasan.

bendera merah = laut sedang bergelora, tidak di benarkan untuk berenang
bendera putih = laut tidak bergelora, dibenar kan untuk berenang



tulis nama atas pasir


Disebab kan tidak boleh nak mandi laut jadi aktiviti kami beralih kepada pasir.. Nak mandi lama-lama kat swimming pool pun tak larat.


bina istana pasir

Antara istana pasir yang di bina, nad bukan geti sangat bina istana pasir ni, hentam sajalah..


Lain-lain aktiviti

Aktiviti lain yang kami buat ialah lumba lari,, lompat jauh,, dah macam dekat sekolah dah.. (hehehe)


relax

Dekat sini pun ada di sediakan bangku bagi yang tak suka duduk dekat pantai, relax-relax santai-santai..


jalan-jalan cari makan

Tepi-tepi pantai ni ada gerai-gerai jual makanan, Jadi boleh lah isi kan perut yang dah kosong lepas bina istana pasir. Sambil makan sambil ditiup angin laut.. fuhhh asyik..


Gerai jualan

Di sini juga terdapat jualan baju, boleh lah di beli untuk di bawa pulang.

aiskrim.. aiskrim..

Ada pulak jual aiskrim, lagi bila mama nak belanja. Jadi nad pilih nestle crunch.


click..click

Cepat je masa berlalu dah nak check out, sebelum balik tu amik gambar dulu buat kenang-kenangan.


keropok-keropok

Masa balik sempat lagi singgah beli keropok untuk di bawa pulang, dekat sini macam-macam jenis makanan yang bersumberkan makanan laut. Tapi kena goreng dulu lah. Ikan masin ada, sotong kering, keropok.kopok gian (kopok lekor), macam-macam lagi.

































Isnin, 20 Januari 2014

handphone xperia z ku yang masuk air

Gembira rasa di hati bila handphone nad dah sihat semula.. setelah beberapa minggu duduk di hospital sony.. ekekke... Kalau tengok pada nama comfirm lah xperia z ni boleh masuk air kan

xperia z
                                                          

Sebelum beli pun dah search dulu yelah mana lah tau sekadar omongan.. tapi tup tup.. masalah jugak... That day nad pergi bercuti dan di situ ada kolam renang. kiranya nad berenang sekali dengan handphone nad sekali lah. Ini bukan pertama kali nad bawak handphone dalam swimming pool tapi kali kedua, jadi kenapa masalah berlaku jugak.. bila pergi ke sony branches itu boss kata nad punya handphone masuk air tau dan tanda-tandanya bila bukak salah satu tempat samaada tempat charges ataupun simcard ataupun tempat headphone ia akan bertukar menjadi warna merah atau merah jambu. Kiranya salah satu fius itu longgar dan menyebabkan air betul-betul masuk dalam handphone.. jadi sebelum ambik gambar atau record video dalam air tu pasti kan lah semua fius yang menghalang air itu benar-benar ketat ok bagi mengelak kan dari air betul-betul masuk dalam handphone.. huuuu.. 

antara fius-fius yang harus ditutup dengan rapat



putih - warna asal


bertukar menjadi merah jambu setelah air memasuki





Symtom-symtom yang nad hadapi ialah :

  • handphone nad dia punya lampu flash masa ambik gambar dalam air tu dia menyala je walaupun da berhenti merakam. 
  • Bila mula nak tutup camera dia hang dan mati. 
  • Bila mula charge semula dan on balik semula boleh je tapi dia berkedip-kedip (masa ni nad sempat buat backup masuk dalam memory card tapi tak semua sebab dia hang). Satu hari handphone nad dalam keadaan macam tu. 
  • Tapi bila nad on balik semula dan bukak camera semula dia hang lagi dan terus mati.
  • Bila dah mati yang ni dia memang tak boleh nak on semula melainkan nad tekan switch on dengan volume serentak lama-lama tapi Cuma seketika.

 Macam mana nak tau handphone tu ada harapan ke tak bila charges dan
cuba on dia akan vibrate 3 kali. Apalagi hantar lah kepada yang lebih pakar sebab sony xperia ni memang tak boleh nak bukak belakang dia sendiri. Alhamdulilah lah masa nad hantar nad dapat warranty walaupun kalau ikut kan masuk air yang macam ni tak dikira dalam warranty tau. Cuma nak tukar fius dia itu boss charges nad rm77.


Lepas dah betul ni semua benda tak termasuk dalam memory card tu dah hilang. Jadi rajin-rajinkan lah buat backup handphone tu ye.. oh yea xperia z dibenarkan cuma 30minit sahaja masuk dalam air.. peace.

Isnin, 13 Januari 2014

Adik beradik tidak boleh kahwin tahun yang sama

Cerita pasal adik beradik tak boleh kahwin tahun yang sama ni sebenarnya nad baru je dengar,  memang tak ada pun saudara mara bercerita atau pun kawan-kawan. Nad dengar pun masa menyibukan diri mendengar orang tua bercerita dan salah seorang saudara nad akan menikah nanti, nad suka mendengar bila orang-orang tua berbual sebenarnya. Banyak pengalaman hidup yang boleh di ambil iktibar. Bila nad tanya semula tentang  cerita ni atok sedara nad kata adik beradik sama ada lelaki atau perempuan tak boleh nikah tahun yang sama tapi kalau nak sanding tu ok je. Bila di tanya kenapa? kenapa tak boleh pulak nak nikah tahun yang sama jawapan nya cuma tak elok, tak elok dari segi apa tak pasti pula. Nad ada jugak google pasal  benda ni rata-ratanya mengatakan tak elok sebab nanti salah satu pasangan akan bercerai ataupun tak akan dapat anak dan benda ni semuanya cuma adat sahaja..  Bagi  pendapat nad pula semua ni kerja Allah. Cuma bila orang tua dah melarang, just ikut sahaja yelah kan apa  yang mereka kata boleh menjadi satu doa. Jangan terlalu percaya sudahlah.

Jumaat, 10 Januari 2014

What you give you will get back

Ok entri kali ni nad nak cerita yang hari tu ada lah tolong teman nad seorang ni, yelah dah dia mintak tolong  so kita tolong lah, kita tolong ikhlas tapi sekali dia belikan nad aiskrim 2 magnum pulak tu dengan chocolate lagi.. Kiranya semua favourite nad lah.. hahha.. So kesimpulan dekat sini apa yang kita beri kita akan dapat balik. Kalau rasa nak buat jahat tu fikir banyak kali dulu dan fikir lah yang kita akan dapat balasan jahat berkali-kali ganda jadi mesti terbantut kan kita nak buat jahat. Sama jugak kalau rasa susah sangat nak buat baik tu kita fikir lah kita akan dapat balasan baik berganda-ganda.. Tapi jangan pula mengharap sangat-sangat yang orang kita tolong tu akan membalas baik budi kita masa tu. Mana tau kita buat baik dekat orang tu tapi orang lain pulak yang tolong kita kan..

inilah dia pemberian dari teman nad tu

Jodoh Pasti Bertemu

Assalamualaikum, hai ini adalah entri first nad, nad cuma nak kongsi kan lirik lagu dari afgan, jodoh pasti bertemu. Kenapa tiba-tiba, hurm entah lah maybe sebab baru je lepas tengok cerita ku cinta kau seorang kot dan lagi nad memang suka lagu dari afgan ni, dia punya feeling lebih. Bila lah agak nya nad lak akan bertemu jodoh (tiba-tiba je), Hehehe..sambil tulis sambil nyanyi sekali.

 



 Andai engkau tahu betapa ku mencinta
 Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
 Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
 Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

 Jika aku bukan jalanmu
 Ku berhenti mengharapkanmu
 Jika aku memang tercipta untukmu
 Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

 Andai engkau tahu betapa ku mencinta
 Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
 Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
 Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

 Jika aku bukan jalanmu
 Ku berhenti mengharapkanmu
 Jika aku memang tercipta untukmu
 Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

 Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
 Ku berhenti mengharapkanmu
 jika aku memang tercipta untukmu
 Ku kan memilikimu

 (jika aku bukan jalanmu)
 Ku berhenti mengharapkanmu
 Jika aku memang tercipta untukmu
 Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu