Isnin, 13 Januari 2014
Adik beradik tidak boleh kahwin tahun yang sama
Cerita pasal adik beradik tak boleh kahwin tahun yang sama ni sebenarnya nad baru je dengar, memang tak ada pun saudara mara bercerita atau pun kawan-kawan. Nad dengar pun masa menyibukan diri mendengar orang tua bercerita dan salah seorang saudara nad akan menikah nanti, nad suka mendengar bila orang-orang tua berbual sebenarnya. Banyak pengalaman hidup yang boleh di ambil iktibar. Bila nad tanya semula tentang cerita ni atok sedara nad kata adik beradik sama ada lelaki atau perempuan tak boleh nikah tahun yang sama tapi kalau nak sanding tu ok je. Bila di tanya kenapa? kenapa tak boleh pulak nak nikah tahun yang sama jawapan nya cuma tak elok, tak elok dari segi apa tak pasti pula. Nad ada jugak google pasal benda ni rata-ratanya mengatakan tak elok sebab nanti salah satu pasangan akan bercerai ataupun tak akan dapat anak dan benda ni semuanya cuma adat sahaja.. Bagi pendapat nad pula semua ni kerja Allah. Cuma bila orang tua dah melarang, just ikut sahaja yelah kan apa yang mereka kata boleh menjadi satu doa. Jangan terlalu percaya sudahlah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan