![]() |
| Mersing Beach Resort |
Mersing beach resort ni terletak di pantai air papan, mersing, johor. Perjalanan dari johor bahru memakan masa 3 jam. Itu ayah nad yang bawa lah. Kalau nad yang bawa tak pasti pula berapa jam untuk sampai ke sana.
![]() |
| Sawah Bendang |
Kalau korang nampak sawah bendang ni kira dah dekat sangat dah.
![]() |
| check in |
Sampai-sampai je terus check in dulu
![]() |
| bilik yang boleh disewa |
Banyak jenis bilik yang boleh disewa antara nya standard room superior room, kalau nak depan laut pun ada.Tapi nad dan keluarga cuma memilih standard room sahaja, Ada lagi satu bangunan yang belum siap sepenuhnya.
![]() |
| standard room |
Ini dia bilik standard room, terlupa nak ambik gambar bilik air.
![]() |
| swimming pool |
Ini swimming pool yang disediakan, nad mandi kejap je tak tahan sejuk gila bila angin laut menyambar badan..
![]() |
| air laut yang bergelora |
Masa nad pergi ni air laut memang sedang bergelora, angin tak yah nak cakap lah memang kuat gila. Masa ini pun bendera merah sedang berkibar, jadi jangan lah buang tabiat mandi laut jugak. Kalau bendera putih berkibar pun, mandi laut tu jangan jauh sangat dekat-dekat sahaja. Yelah laut ni ada magnet boleh menarik kita dalam keadaaan kita tak perasan.
bendera merah = laut sedang bergelora, tidak di benarkan untuk berenang
bendera putih = laut tidak bergelora, dibenar kan untuk berenang
![]() |
| tulis nama atas pasir |
Disebab kan tidak boleh nak mandi laut jadi aktiviti kami beralih kepada pasir.. Nak mandi lama-lama kat swimming pool pun tak larat.
![]() |
| bina istana pasir |
Antara istana pasir yang di bina, nad bukan geti sangat bina istana pasir ni, hentam sajalah..
![]() |
| Lain-lain aktiviti |
Aktiviti lain yang kami buat ialah lumba lari,, lompat jauh,, dah macam dekat sekolah dah.. (hehehe)
![]() |
| relax |
Dekat sini pun ada di sediakan bangku bagi yang tak suka duduk dekat pantai, relax-relax santai-santai..
![]() |
| jalan-jalan cari makan |
Tepi-tepi pantai ni ada gerai-gerai jual makanan, Jadi boleh lah isi kan perut yang dah kosong lepas bina istana pasir. Sambil makan sambil ditiup angin laut.. fuhhh asyik..
![]() |
| Gerai jualan |
Di sini juga terdapat jualan baju, boleh lah di beli untuk di bawa pulang.
![]() |
| aiskrim.. aiskrim.. |
Ada pulak jual aiskrim, lagi bila mama nak belanja. Jadi nad pilih nestle crunch.
![]() |
| click..click |
Cepat je masa berlalu dah nak check out, sebelum balik tu amik gambar dulu buat kenang-kenangan.
![]() |
| keropok-keropok |
Masa balik sempat lagi singgah beli keropok untuk di bawa pulang, dekat sini macam-macam jenis makanan yang bersumberkan makanan laut. Tapi kena goreng dulu lah. Ikan masin ada, sotong kering, keropok.kopok gian (kopok lekor), macam-macam lagi.
















Situs Slot Online Resmi Aman Dan Terpercaya 2021 - Brjeon.net
BalasPadamSitus 라이브바카라게임 Judi Slot Online Resmi Aman Dan Terpercaya 2021 생방송바카라 Biasi jakarta bisa, brainworldd.com situs judi slot online 안전 바카라 사이트 terlengkap 바카라검증사이트 dalam 1 ID untuk semua game