Assalamualaikum,
Percutian nad ke Cameron Highland ni bukan dalam jangkaan pun, sebenarnya raya cina ni nak bercuti ke Port Dickson. Memandangkan hotel yang nak di book tu dah full booking, kiranya tak jadi lah nak ke Port Dickson. Masa tu lak nad punya cousin kata "nak join tak rombongan diaorang ke Cameron Highland" apalagi kira on jelah. Lagipun nad rasa ni lah percutian low budget, memang murah dan berbaloi-baloi. Sarapan pagi pun disediakan untuk 2 hari.
Beberapa minggu sebelum tu nad dah check dulu dah cuaca dekat cameron highland tu, lagi-lagi malam kan ditambah lagi dengan cuaca tengah sejuk sekarang ni... (ok.. sebenarnya dah lama nad wat benda ni,, sampai lah nad da ke bandung masih tak post lagi)
 |
| siang 23, malam 12 |
Bila dah tau cuaca sejuk begitu kenalah sediakan persiapan baju sejuk yang lengkap, gebor, stokin, sarung tangan, Tak delah kesejukan sangat.
Perjalanan pula, nad bergerak dari tangkak jam 10.30 malam dan sampai ke Brinchang, Cameron Highland (tempat menginap) dalam jam 5.30 Pagi dengan menaiki bas. Masa perjalanan ke sana nad tak mengalami mabuk pun sebab nad tidur je,, hehee, atok nad yang mabuk, kesian atok nad. Masa sampai memang sejuk gila .
EE FENG GU BEE FARM
Tempat pertama yang kami tujui adalah EE FENG GU BEE FARM, Di sini bayaran masuk adalah percuma. Boleh tengok cara mengumpul madu. Kalau nak shopping kat sini pun ada. Tapi nad memilih ambil gambar je,, click click click..
 |
masuk percuma okay..
|
 |
| duduk sambil ambil gambar |
 |
| hello kamilah ratu lebah... hehhe. |
 |
| nilah dia tempat lebah mengumpul madu |
 |
| pilih je nak yg mana janji ada duit |
 |
| teruja tengok, semua nampak sedap |
 |
| sebelum balik amik gambo dlu wat kenangan |
RAJU HILL STRAWBERRY FARM
Raju Hill Strawberry ini merupakan tempat ke-dua yang kami tujui, kat sini boleh petik strawberry sendiri tau tapi kenalah bayar. huh bayaran dia untuk 1/2 kilo rm30 dan 1 kilo rm60. Tapi kalau tak nak petik nak ambil gambar pun boleh je. Dia ada sediakan ladang yang untuk bergambar sahaja.
 |
| berlatar belakang ladang strawberry |
Alright gambar kat atas ni lah ladang strawberry nya. boleh pilih nak petik or nak amik gambar je.
 |
| ayah ngah pilih.. |
 |
| mama kata mama pilih yang nilah |
 |
| nad pun nak gak petik buah strawberry |
Boleh tahan best gak dapat petik buah strawberry sendiri. yelah biasanya petik buah tempatan je..Pengalaman baru katakan.
 |
| strawberry, erm tngk pun sedap |
Huh ini lah hasil dia, kitaorang petik 1/2 kilo ajer. Jadilah buat rasa.
 |
| bersama bakul strawberry |
Ececeh, macam baru balik dari mana je kan, dengan bakul comel tu. Baru petik strawberry..
 |
| urusan pembayaran pun di lakukan |
Dah sudah bayar dan sebelum turun kitaorang singgah isi perut jap.
 |
| macam2 ader tengok sampai meleleh air liur |
 |
| ye cik nak yang mana cik.. |
 |
| layan lah diri sendiri yer |
 |
| mama belikan atok, apa benda yer nama ni tak ingat |
 |
| ini pulak scoon strawberry with tea and aiskrim chocolate with strawberry |
Sedap kan, nad nak scoon ni sebab hari tu tengok drama dia makan benda ni so nak sangat cuba, dari jb ok mengidam nak benda ni. hhuhuhu..Nak cuba yang lain tapi tak sempat pulak.
 |
| strawberry with chocolate,, |
Naik bus terus makan strawberry yang dipetik tadi cicah ngan chocolate memang terbaik lah. Tak rasa masam langsung. Yang paling pelik ialah makan tak sedar dah habis.. By the way kalau korang beli kat atas better terus habiskan je... bukan apa bila dah bawak turun mmg x sesedap masa kat atas.
KEA FARM
 |
| Kea Farm |
Tempat ke tiga yang kami tujui ialah kea farm, tak jauh pun dari raju hill strawberry farm tu.
 |
| Jalan kaki dah sampai |
Macam ni lah dekat sahaja tempat nya.
 |
| langit biru |
Alhamdulilah masa kitaorang pergi ni tak hujan pun, cantik je warna langit.
 |
| mama borong teh |
 |
| pok long nad pun mencari untuk dibawa pulang |
Apa ada dekat kea farm ni, shopping lah apa lagi, banyak barang yang murah-murah dekat sini. Tapi nad kesuntukan masa dekat sini. Kalau ikutkan memang semua kedai nak masuk. Memang banyak kedai, tapi masuk mana yang sempat jelah
CACTUS FARM
Tempat yang seterusnya ialah cactus farm, kat sini lebih di utamakan kepada peminat pada bunga, bunga segar-segar. Yang tak beli terus tertarik nak beli sebab kesegaran dia.. Tapi jangan salah beli sudah. Al-maklumlah cuaca di puncak tak sama dengan cuaca dekat bawah.
kan banyak jenis bunga ada,, mana lah tak terbeli..
nad tertarik pada cactus putih sebenar nya, nasiblah tak ada duit kalau tak nad pun beli yang ni satu.
Aktiviti lepas balik cactus farm ni yelah aktiviti bebas, nasib lah pasar malam dengan tempat kitaorang tinggal dekat sangat,, Turun tangga dah sampai. Petang kitaorang pergi malam pun kitaorang pergi.. Tiap kali balik mesti penuh plastik kat tangan.. Apa yang kitaorang borong,, huh diapunya sayur-sayuran, mmg segar2.. dah balik bape hari pun masih segar juga, Memang terbaik dari ladang lah.
 |
| Inilah suasana ketika petang, orang pun tak ramai sangat, tapi malam memang sejuk sangat. |
 |
| ini kedai yang kitaorang pergi dari tengahari sampai ke malam, memang sedap,, cuma memang org ramai gila.. nasib lah dapat tempat duduk. |
ok lah sekian dari nad cerita hari pertama berada di cameron highland,, insyallah nad cuba secepat yang mungkin for the next day. hheheh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan